Thursday, 10 August 2017

Double happiness

 Salam ,

Lepas kahwin aku terus tinggal dengan husband di kuala kangsar . Tapi aku still bekerja di Lenggong .So berulang lah aku ketempat kerja setiap hari .it take 20-30 minutes okay nak sampai tempat kerja . Hampir 3 bulan lebih aku berulang , Akhirnya ! nama aku listed untuk bertukar ke kuala kangsar .
Alhamdulillah ! Allahuakbar

"Allah is such the best planner"
 Masa dapat tahu yang aku kena bertukar ke jabatan lain ,di daerah yang sama dengan suami aku bekerja ,perjalanan ke Lenggong setiap pagi jadi lebih bermakna .Kadang tu  aku saja bukak tingkap luas-luas sebab ,Lenggong masih tempat yang terpelihara and confirm udara yang segar setiap pagi. kabus tebal okay kat sini pepagi . Kiranya aku more appreciate benda yang akan aku tinggalkan nanti . 5 tahun jugak aku merantau kerja kat sini . Semua yang dilalui kat sini , dengan yakin yang Allah beri yang terbaik untuk aku . Kadang tu ada la rasa down kenapa Lenggong jauh sangat,kenapa aku dapat lenggong and etc , .Tapi lagi kita memberontak lagi parah dan sia-sia. kalau kita makin dekat sebab nak Allah tahu apa yang kita rasa .Hikmah tu insyaAllah akan kita nampak .

Berita ke 2 aku tawu selepas berapa hari aku dapat berita pertukaran tu . Hihi
Im pregnant ! Bahahahahaha .Suami aku memang tak berapa menggalakkan aku untuk check UPT . Sebabnya ,before this penah sekali aku rasa len macam ,pastu cri UPT nak test .xsempat nak pakai pon,terus aku period .Frust gak laa . Kalau dah siap lawa-lawa tetiba tak jadi keluar pon aku boleh bebai kot . So its a same thing laaa ngn kes UPT pertama aku . (degil punya pasai ,tengah period pon aku p buat pregnancy test .xkira ,aku nak guna gakkk 😈)
Kali ni yang aku perasan peruut aku memang agak buncit ,bila naik tangga siket .Mengah sangat .Padahal 1 floor je pon . Tapi buat biasa lagi . Aktif macam biasa sebab takde pening2 ke apa . So ,nak jadi cerita ,ada satu malam tu Redza g tengok bola kat stadium Ipoh .Time tu Perak vs WP KL .Game tak best ,so aku refused bila dia ajak aku pergi sekali . and aku aku ada agenda lain .hehehehheeh . Lepas je hantar Redza kat rv point dia ngan kengkawan dia .Aku sempat paw RM10 sebab time tu memang tak bawak pape . Lesen pon tak sebab dekat je dari rumah . Cakap kat Redza nak beli kacang pistachios kt Petrol Pump . Hahaha padahal singgah Farmasi beli UPT .Sebaik cukup duit tu .Sebab farmasi tu ada sejenis je UPT and Harga dia RM 10 . Sampai umah takut nak guna UPT tuh , and aku memang nak berseorangan time tu .aku nak kalau kecewa pon aku sensorang je lah yang hadap and i will not tell my husband about that .
Dah kumpul keberanian , sebelum masuk mandi untuk solat maghrib , aku test dlu .Bahahahah In a one minute ada naik 2 garisan means its positive ! Terkebil-kebil jap pastu nangessssssssss .(Nanges sorang-sorang macam mase aku duk bujang dulu ,😅) Time solat maghrib tu rasa sayu gak laaa. Semuanya dengan keizinan Allah . Hamil tu satu keajaiban yang hanya Allah je yang boleh bagi kita rasa . Then tak sabarnya aku tunggu husband aku balik dari tengok bola time tu . Sebab time tu aku masih simpan sorang berita tu . Dia punya reaction ?? best reaction  so far since kami berkahwin . Jadi lagi sayangggg yanggg yangg kat pakcik  :)

** Alhamdulillah dah double test kat Klinik Kesihatan . Nurse mintak aku buat buku pink :P