Bersamaan dengan hari Rabu , Hari ni mungkin merupakan hari yang paling menyedihkan buat kawan aku bila terpaksa menyambut birthday suami tercinta tanpa tuan punya birthday . Sepatutnya , birthday suami dia kali ni adalah kali pertama disambut sebagai husband and wife , dengan keadaan istri yang sarat mengandung anak mereka pertama . hmm , Aku sure that , isteri yang dirai dengan penuh kasih sayang ketika brthday dia yang lepas mesti menunggu hari ini untuk membalas kebaikan suami nya ,namun . apa yang mampu ,apa yang Allah aturkan . si isteri hanya mampu bersedih . Semacam apa sambutan yang dia boleh buat . Itu entahlah ,Terserah ,berserah . Zikir bahawa "takdir itu yang terbaik untuk diriku " mungkin boleh dituturkan ,Se darjah apa kah keikhlasan hanya bergantung pada rasa sabar yang ada . redha yang dirasa .
Allah maha mengetahui , Allah maha pengasih yang penting Allah paling berkuasa . Kita tak boleh nak expect hari hari tuan kita layan kita baik sedangkan kita hanyalah seorang hamba . Itu baru tuan , Apatah lagi ini urusan Tuhan . Nasib baiklah yang kita bertuankan Tuhan yang maha pengasih dan penyayang . Duduk rapat-rapat . tadah tangan luas-luas . Semoga segala kefahaman datang dengan cepat .
*Sabar ye sayangg .