Monday, 29 May 2017

Tempoh masa penyimpanan barang basah dalam peti sejuk

salam , hari ni nak share jadual yang quite lengkap untuk kita yang sedang nak berjinak dengan bidang pengurusan peti ais .
Sejak bergelar isteri , banyak benda yang aku kena belajar . Hampir semua aku google . Cara susun atur dapur , cara make sure dapur bawu wangi , macam-macam la . Sampai cara nak simpan penyapu lawa-lawa pon aku google . Bahaha

So since ada peti ais sendiri . Husband belikan , aku nak la jaga harta tu elok-elok . Aku lagi suka mantaining then healing . Serius aku tak tawu pon had masa makanan-makanan yang kita boleh simpan dalam peti ais . So harap jadual yang aku paste ni dapat membantu  .





Puasa Hari Ke-3

Salam , bersamaan hari isnin . Kami semua memulakan kerja dengan berpuasa pada hari ketiga . Alhamdulillah , tahun ni start puasa pada hari sabtu ,macam cantik je timing tuh . minggu lepas turn balik kg aku di Pulau Pangkor . Jumaat sampai umah kat kg , orang dah start solat terawikh , budak-budak dah penuh dah kelua malam main kat luar rumah sebab bulan puasa . Tu belom balik nak raya lagi tuh . hihihi meriah tu Tuhan ja tahu . seronok sangat suasanan kampung .

Start bulan puasa ni orang kat sosial media dah sibuk cakap pasal DONE ! done sahur , dah puasa , done terawikh . Bagi aku menda tu tak de masalah pon .Hak masing-masing  , sebab apa yang kita buat Allah tawu betul apa niat kita . Kita yang sekadar membaca ni xyah hot sangat kot . Kalau tak suka sangat scroll down cecepat , kalau sempoi tekan je butang like then like pulak post orang lain . Husnuzon gittew , Hahahah ,

Sebenarnya aku tak berapa tawu sangat dah apa whats in dekan sosial media . Dah kahwiin aku jarang dapat scroll news feed orang macam time bujang dulu , IG lagi laa . Jarang sangat dah , sebab dulu kau nak scroll sampai xmandi pon xde orang nak tegur . Sekarang siap dah ada orang boleh bau aku dah mandi belom .hahahahahha .

So lepas balik terawikh malam pertama puasa tu , husband aku tetiba sound
"jangan nak update done terawikh pulak satgi . "
aku macam pelik , sebab kenapa tetiba cakap camtu .rupanya itulah sosial media dok heboh perkatakan sekarang . Mula tuh muka aku berkerut jugak ,sebab bagi aku trend DONE etc tu  isu lama,  and aku mmg tak bercadang pon nak buat caption tu .Tapi husband cakap dia sekadar mengingatkan , dia tawu  aku tak buat tapi maybe dia risau aku terjerumus . 👾

Alhamdulillah dapat berbuka kat rumah mak ayah dua hari ! sabtu , ahad . ada improvement la dari time bujang . Sebab dulu time bujang . Jumaat tu sempat tak sempat kadang , ahad tu ayah mesti perambat balik awal-awal sampai aku tak boleh berbuka kat umah pon .memandangkan aku drive sorang-sorang and jalan sunyi . ayah memang tak bagi aku balik lewat .So bila dah ad husband nak gerak lewat pon xde hal . 💖

*Eksaited ke tak first time sambut ramadhan dengan husband . Hanya tuhan yang tahu 👌



Monday, 22 May 2017

Menjelang Ramadhan 2017

Assalamualaikum ,

Romadhon tiba , romadhon tibaaaa
marhaban ya ramadhonnnnn . -opick

Yayy , hari di lalui dengan santai dan tenang .Bila orang dok ngusik tahun ni raya ada en busband laa , gaduh pilih nak balik raya mana laa . semua tu secara tak lansung ignites the revolutionary sensation . Tapi takdak la terkejut beruk nak raya dengan title isteri tu . macam aku cakap tadi , semua dilalui dengan bersahaja . Suka takleh nak suka sangat , sedih tak leh nak sedih sangat sampai menidakkan nikmat yang Allah masih bagi dalam kesedihan kita tu . Tapi tulah cakap memang senang . nak buat dan terus istiqamah tu payah . Tu yang nama dia berjuang ! terkandas sekali dua tu biasa , kita manusia , kita pendosa .Nasib baik Allah swt maha pengampun .

Aku ngan husband banyak atas jalan je . Pi sana pi sini , dalam keta aku amek kesempatan untuk tanya banyak benda . and kami banyak bincang time tu la kot . Plan bajet raya tahun ni , jadual balik kg , camna dengan menu sahur , aktviti before berbuka . cuti raya nak amek berapa hari . hahahah aku jenis well planned . Aku siap tanya camana senario raya and puasa bagi family mertua , and aku pon cerita la di pihak aku camana pulak . Bukan apa , masing -masing kena prepared sebab dua-dua tengah try adapt new envrnment kan . Asimilasi budaya keluarga yang berbeza . Tapi husband aku dia flexible , mana-mana pon okay . aku pon tak nak kalah so kena pandai bawak diri laa cemana pon . 💑

Hari ni 22/5/2017 , aku ada lagi dua hari untuk aku buat puasa ganti . 😁 Simptom makan tak berhenti . Tapi berat turun dari time before nak kenduri . sampai demam-demam sebab letih sebenarnya berkahwin ni . Nak jaga suami , diri sendiri , rumah and tuntutan kerja . Tapi itulah cabaran nya . Stay positive ,stay strong .

** Nak bulan puasa nanti husband dah warning kena p terawikh sekali . Aigoo semangetttt dongg







Wednesday, 17 May 2017

Almost 3 weeks ...

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah , aku dah bergelar Isteri kepada seseorang yang Allah tetapkan .yang seharusnya baik untuk agama aku , baik untuk membantu aku berjuang perbaiki diri. Aku yakin , apa yang Allah tetapkan , adalah terbaik untuk hambanya .

Sebelum ni aku takut jugak nak share perjalanan cerita aku dengan dia . sebab aku pernah di uji dengan hikmahnya aku sedar dan yakin bahawa Allah lah pemegang segala ketentuan dunia . Contohnya , kita selalu fikir , dah kahwin mesti akan ada anak , dah tunang mesti akan kahwin . MESTI tu kalau Allah tak izin tak jadi dik non oit . Kadang jalan cerita kita xnormal dari kemestian yang selalu berlaku . Tapi itulah yang menunjukkan Allah punya kuasa untuk ubah segalanya.

Aku memetik ayat seseorng ni yang share his story dekat thevocket
"Seriously, don’t worry. Just go with the flow. Keep a strong faith in HIM and HE will certainly give the BEST for you, insyaAllah ."

and seriously , at the time yang aku lelah memikirkan , apakah darjatku tidak akan dinaikkan .
Allah hantarkan satu kefahaman . sama macam apa yang guy ni lalui . just go with the flow , Allah tawu apa yang terbaik . Aku cuba perbaiki diri dengan apa yang ada di sekelililng aku . Bila kata cuba perbaiki diri tu . Tak lah kata aku ni baik sangat ke apa . baiki diri bagi aku bila malam nak tidoq tak rasa menyesai sangat . abang aku penah cakap , nak tawu hidup kita ni berkat ke tak , bila hari ni lagi baik dari semalam tu salah satu tandanya . Maknanya Allah bagi izin kita untuk jalani hidup yang lebih baik , dapat beri manfaat lebih siket dari sebelumnya . Bahagia siket pon dah cukup bestkan .

 Benti takat ni dulu . Last update was counting days ngat bape minggu lagi nak kahwin kan ? . so ini post aku lepas kahwin .💕 hihi



** Love you Redza