Wednesday, 17 May 2017

Almost 3 weeks ...

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah , aku dah bergelar Isteri kepada seseorang yang Allah tetapkan .yang seharusnya baik untuk agama aku , baik untuk membantu aku berjuang perbaiki diri. Aku yakin , apa yang Allah tetapkan , adalah terbaik untuk hambanya .

Sebelum ni aku takut jugak nak share perjalanan cerita aku dengan dia . sebab aku pernah di uji dengan hikmahnya aku sedar dan yakin bahawa Allah lah pemegang segala ketentuan dunia . Contohnya , kita selalu fikir , dah kahwin mesti akan ada anak , dah tunang mesti akan kahwin . MESTI tu kalau Allah tak izin tak jadi dik non oit . Kadang jalan cerita kita xnormal dari kemestian yang selalu berlaku . Tapi itulah yang menunjukkan Allah punya kuasa untuk ubah segalanya.

Aku memetik ayat seseorng ni yang share his story dekat thevocket
"Seriously, don’t worry. Just go with the flow. Keep a strong faith in HIM and HE will certainly give the BEST for you, insyaAllah ."

and seriously , at the time yang aku lelah memikirkan , apakah darjatku tidak akan dinaikkan .
Allah hantarkan satu kefahaman . sama macam apa yang guy ni lalui . just go with the flow , Allah tawu apa yang terbaik . Aku cuba perbaiki diri dengan apa yang ada di sekelililng aku . Bila kata cuba perbaiki diri tu . Tak lah kata aku ni baik sangat ke apa . baiki diri bagi aku bila malam nak tidoq tak rasa menyesai sangat . abang aku penah cakap , nak tawu hidup kita ni berkat ke tak , bila hari ni lagi baik dari semalam tu salah satu tandanya . Maknanya Allah bagi izin kita untuk jalani hidup yang lebih baik , dapat beri manfaat lebih siket dari sebelumnya . Bahagia siket pon dah cukup bestkan .

 Benti takat ni dulu . Last update was counting days ngat bape minggu lagi nak kahwin kan ? . so ini post aku lepas kahwin .💕 hihi



** Love you Redza