Salam , Alhamdulillah .
Hari khamis , 29/6/2017 aku dah start kerja selepas seronok sangat cuti beraya . Best sangat ya Allah . Terima Kasih Tuhan . Macam-macam benda baru yang aku lalui baru-baru ni . FYI aku baru je berkahwin . So ini first time aku beraya dengan dua buah keluarga & sebagai isteri . Excited sangat aku nak balik kampung harituh . Tahun ni beraya belah pangkor dulu . Raya kedua balik Semanggol . Suami aku orang Kg Selamat . Very tak jauh 😛 . hihi
Jadi , seminggu sebelum raya jadual aku sangat pack . Biasalah nak tiggal umah dekat seminggu , umah sendiri pon nak kena prepare untuk raya jugak . Aku siapkan langsir , settledkan laundry ,basuh balang kueh ,buat biskut raya (mampu buat cornflakes madu ja,hat len tak terer ) . Redza settlekan kawasan luar rumah . suami more to technical issues macam tolong sangkutkan langsir DIY aku , tolong drill sana paku sini , cabut rumput kat luar . Clear !
Isnin ,selasa aku nak masak . Nak berbuka kat rumah . sebab a week before kerja dapat jemputan berbuka kat luar . Alhamdulillah best , tapi tak best nye projek langsir aku tergendala laa . Sampai umah lewat siket suami aku dah tak bagi aku menjahit . Sebabnya esok aku kena drive dari kuala kangsar-lenggong .Takut tak leh bangun tu satu hal , tertido time drive tu yang parah . Minta dielakkan . Thats why redza macam strict siket bab suh tido awal ni . Semua suami akan make sure benda tu kan . Safety first 💪
On wednesday ,aku jemput geng sawan kat ofis datang berbuka . Menu laksa mee pangkor dengan puding roti . A bit chaos petang tu sebab tengah nak try cuba nasib buat puding roti . Puding roti aku hangus weyh . Kismis-kismis sultana rentung ! One layer roti terpaksa buang sebab hitam yang memang tak leh diselamatkan .Kuah kastard dia pulak hangit . Kak azie datang rescue pon dah tak dan . Hangit already . Hahahahaha aku memang xd bakat bab-bab baking , pastry ni . Semua benda libatkan math . benci ! degil siket terus tak jadi .Hurmmmm . Tapi tujuan asal oven kat rumah tu memang untuk bakar ayam . Suami aku suka ayam panggang . A lot ! Seminggu makan ayam saja pon tak paa . Xlarat nak kisahkan ayam . Nak cuci , nak buang lemak . HuHu I sayang you taw redza ðŸ˜
Khamis tu , kami balik berbuka kat kampung selamat . Sebelah Redza ,Since raya pertama kali ni pakcik raya jauh dari keluarga . so kami balik buat ramai kat rumah Mak abah Kg Selamat . Kira raya awal siket laaa . Salam mintak ampun apa semua . Aku risau ja ada tangisan di bulan ramadan time tu .Bahaha pakcik strong
Jumaat , Hari nak balik kg Pangkor ! aku dah start cuti time hari tuh . Redza pergi kerja aku dah start settledkan apa yang patut . Jenis aku , kalau nak keluar aku make sure umah dah setel ,So balik nanti xlah serabut tengok rumah .Tambah dengan penat apa semua .Haaa its a no-no okay . Eksaited gila packing luggage raya baq hang . Baju suami semua all in , TAPI baju aku lak xcukup . Teruk !! Bahahahahahah nanti aku share di part seterusnya .