Salam everyone ,
hujung minggu lepas aku dan suami ke tanah tinggi cameron . Kami pergi berdua je sebab plan pon last minute .Masa cakap nak pegi tu ,tak expect pon suami nak bawak time terdekat camtu .
Aku pon terus laju booking hotel, bukan apa .takut last minute nanti .tidor dalam kereta pulak . π
Tempat peranginan ni kita xleh nak expect bilik full ke tak .even kita pegi bukan peak season .
search kat agoda ,filter siap-2 hotel yang bawah bajet kami .lagi murah lagi bagus . Tapi kena tgk review jugak camna ,location,selamat ke idak .even murah ,benda tu kena amek kira . 15-16 Julai ,bilik banyak jugak dah sold out . Cuak jap .kalau tak de bilik takde harapan la nak pegi cameron minggu tu .At last jumpa Sam Jade Guest House .
Agoda best sebab ad pay later ,free cancellation and discount right away.
Settled bilik , survey pulak tempat-tempat yang best kat sana untuk dilawati . Since pergi berdua , masih mood hanimuna lagi (honeymoon) . kami punya jadual kat sana tak packed .Dua-dua jenis suka vacation yang xheavy sangat dengan aktiviti . hari pertama sampai brinchang check in ,Sam Jade dia betul2 kat pekan Brinchang tapi bukan tepi jalan .macam snooze in ,highland park hotel . dekat-dekat la dengan rosa pasadenna apa semua .Sam jade dalam siket tapi senang nak parking .sebab parking lot dia banyak .and kalau nak ke pekan dia ada tangga yang terus ke pekan .
 |
Bilik bersih ,toilet terbaikk, towel diberi
receptionist dah maklum kita nak chck in.Bagi IC and deposit kunci RM 50 je (cepat)
Channel TV dalam bilik ada Supersport ,Astro prima ,Astro AEC ,NTV7 and tv3 .
Wifi ada setiap floor .lajiuu
Ironboard and water dispenser pon setiap floor.
Lantai corridor bersih gila .Macam mop hari-2.
Budget hotel yang mesra keluarga .Banyak bilik besar untuk muat satu family
kureng nya ,shampu /body wash free xdak naa . haha
air minuman je dia bagi + dua mug .
kiblat sign ilekk tu xd maslah .sekarang fon semua canggih .boleh cari kiblat dengan mudah
|
 |
Malam kat brinchang sejuk .Keluaq pakai sweater kalau nak lepak kat luar lama siket . |
Malam kami sampai tu keta memang xbergerak . Jalan kaki je jalan ke pekan . Kalau ikutkan pasar malam Brinchang memang kat pekan tu . tapi start tahun 2017 , awal tahun camtu , MDCH dah tukar ke kawasan baru di kawasan antara brinchang dan tanah rata .Aku xpegi pon sebab ingat boleh jalan kaki ,sekali tanya orang kat situ .10 minit naik kereta .Kalau Jalan kaki jauh .Time 7-8 malam tu keta dah start jem,semua nak ke pasar malam kot .Xlarat nak redah jem ,tambah jalan berbukit-bukit ni . Boleh mabuk sebelum nak sampai .Pekan brinchang pon ad orang jual-jual produk tempatan ,strawberry coklat jangan beli kat sini mahal siket sebab satu dua kedai je ada jual . Makan malam , kami ke Nik Tomyam restaurant . Kedai tu memang lama dah ada .Suami ceritu masa dia form 2 ke darjah 2 .rombongan sekolah diorng makan malam kat situ .western food dia agak mahal ,Chicken chop pon dah belas-belas ringgit .Kerabu maggi diaaaa π . xde seafood lansung .Fishball kaler2 je ada .sayur pon segannnn ,ad carrot je . Masjid kayangan betul-2 depan balai bomba .Masjid tu full dengan pelancong yang singgah solat .Best je aku tengok anak pak arab dalam masjid tu .(Comel gila !!)Amek semayang gigil-gigil kena ayaq sejuk diaa
Before balik bilik , kami singgah beli burger epal . Burger taruk epal hijau instead of tomato .Okay laa . Sedap sebab masam-masam and crispy kett aaa .
Start hari kedua , bangun pagi bukak tingkap .Cantiknya ,sejuknya .Sekali sekala dapat rasakan . FYI , Pagi ahad ,Pekan Brinchang ada pasar tani .
Kami siap-siap terus check out dalam pukul 10.30pg .Nak breakfast kat tea boh plantation sungei palas . Dari Brinchang , kami tak ke tanah rata at all .Singgah
S corner dulu . Kat bukit S tu jem oii sebab orang ke kea farm .S corner ada stu kedai ni jual cendawan . 4paket RM 10 .Aku rembat cendawan hitam 2 paket .Silalah beli , rasa dia macam isi ayammm .Kat kedai ubat cina selalu ada jual tapi jenis kering punya . Hat ni fresh . satu pack pon banyak .
S corner ni jugak ada gerai jual sayur .4 utk RM10 jugak . sweet potato 1kg RM7.Kalau kat kea farm dapat lagi murah la kot tapi tak lalu nak nyinggah kea farm .sesak dengan orang .
 |
sweet goguma ni dah siap rebus pon ada jual kat sini .RM3 sebungkus :)
|
Perjalanan diteruskan ke
ladang teh sungei palas .masa nak masuk ke ladang tu ,tak lah jem sangat (dalam 11-12tghari ).Jalan memang sempit tapi atas toleransi pengguna ,bas pon lepas naik kesana.
Perut dah lapar sebab simpan perut nak makan kat cafe kt atas ladang ni .Kalau kata makan kat sni ,makan je la kat bahagian dalam . Bukan ap ,kesian aku tengok orang yang makan kat meja luar .xtenang sebab org berebut2 nak bergambar kat situ .xdapat nak enjoy scenery pon .Lepas makan agak-agak clear pg lah bergambar kenangan kat sana . Kat tea centre tu kita boleh beli produk Boh yang ekslusif .macam teh songket. teh premium . And boleh turun ke ladang kalau nak buat vid klip janam-janam .Takde worker yang akan halau kau .Tapi jangan sampai merosakkan la kann .Masa aku pergi baru ni ,ada couple ni buat photoshoot wedding . π°
 |
sama ada kepala dia sekerat atau dagu aku tak nampak . dua tu jaa kalau kami bergambar . π 180cm vs 157cm |
kat ladang ni ada satu sekolah tamil sungei palas .pokok hydrangea diorng tanam kat luar kelas je .heheheh ,
otw nak keluar dari ladang teh , jem sangat . waktu time tu dalam pukul 2 something . Bila dah nampak jalan besar tu lega sangat dah .phewwwπ
next kami singgah strawberry farm al mashoor . Malangnya tak boleh nak petik strawberry . sebab adik kat situ cakap buah xberapa nak ada . farm ni agak jauh dari brnchang dah . tapi pergi jugak sebab before ni review kat sini ok .tapi takpe . kami singgah minum and aku dapat makan home made aiskrim kat sini . Aku tk minat sangat aiskrim tapi kat sini sedap.ad potongan buah strawberry yang fresh .Jadi untuk beli strawberry untuk buat buah tangan kami singgah ke Last stop strawberry centre.betul betul last stop sebab lepas tu mmg xd dah org jual strawberry .
 |
π |
kat last stop ni memang sejuk . pokok bunga matahari pon besar gedabak kat sini .cherry tomatoes kat sini banyak .baru rm2 .Manis lak tu π
kami naik ke cameron highlands ikut jalan simpang pulai . so sepanjng jalan sampai ke pos slim tu .ada banyak gerai orang asli yang jual petai , ubi kayu and madu asli .
Itu sahaja untuk post kali ni .Trip kali ni memang xsinggah banyak tempat since pergi pon 2 hari 1 malam . kami sampai umah ahad tu dalam pukl 5;30 ptg . sampai awal rehat awal .Esok mau keja maa.
**hope it helps