Sunday, 16 July 2017

IKEA : Our first experience

Salam everyone ,

14hb Jun 2017 , kami suami isteri sepakat nak ke Ikea untuk beli barang rumah . Gigih tak dari Perak cari barang rumah kat Kuala Lumpur sonoooo .

Memang rezeki terpijak  dapat jodoh yang minat jugak barang-barang IKEA . Bila sekaki camni lagi lah berdaya nak deco rumah macam yang aku impikan 😉 .(Percayalah dengan jodoh dari Allah , kau akan jumpa orang yang lengkapi dirimu sedikit sebanyak  .) TETIBA Iklan Jodoh

A week or two before nak pegi tuh . Bila suami kata jom pergi IKEA , aku dah siapkan wishlist apa barang nak cari kat ikea . Refer dulu kat suami , tengok dia approved tak dengan list aku tu . Nak paw husband pon berpada-pada okay . So dalam list aku , tak ade klippan (sofa) ,gersby( rak buku) or leirvik (katil kerawang) . even semua tu aku nak . Realistik laa dengan keinginan pon . Klippan  nak bawak balik acane . Takkan nak ikat atas kereta macam mr bean buat tu . Balik kuale kot yong ! Kali ni aku just beli barang kecik-kecik macam vanlig jug ,pokok bunga rumput tu , meja lack beli 2 sebab time pegi ada sale , bevara clip , cooking utensils , cermin lots and malma , carpet etc . Tapi paling kami look forward is melltorp and adde . Which is meja makan white in kaler . Suami memang aim meja ni . Alhamdulillah muat masuk saga flx. kalau tak memang g kaunter refund . Kat ikea kita boleh wrap barang kita before bawak balik or kalau ada yang rasa xnak after dah buat pembayaran , boleh refund semula because ada kaunter khas for that . Best kan , customer friendly sangattt

Selain siapkan wishlist , aku turut buat siket study on how to shop at ikea . Ikea has its on culture and untuk begineer macam kami memang la kena rajin baca , ada je blogger yang sharing post pasal IKEA ni .Siap ad yang ajar  cara nak kesana melalui kemudahan awam . TQ sangat ,Ianya membantu coz memang ada yang memerlukan .

harituh kami pergi IKEA mutiara damansara sebab masing-masing sakit perut. So kami pergi yang terdekat je dari tol duta. Lintas depan The curve ada simpang masuk kat banggunan bersebelahan dengan IKEA .It start with P building tu punya nama . tapi masuk je dia memang parking untuk ke IKEA sekali . Dah parking , terus pergi showroom . Showroom dia memang best sebab dia bagi kita idea sekali camana nak decorate. Pusing laaaaa ikut laluan yang dia dah sediakan .  Even kami dah ada list , kami saja je ronda showroom tu .Kat showroom kita boleh tengok barang apa yang tengah sale , or mungkin yang kita xjumpa kat web . Tapi jalan sekali lalu and kami terus ke gudang tingkat bawah . Cafe dia mengembuq dengan bawu makanan yang lazottt . Time tu dah la puasa .😋💪(sabaq weyh)

Sistematik , aku suka ! bila kita dah ada list plus ada no rack . Pembelian akan jadi lebih mudah . xsampai sejam untuk amek barang yang dalam list kami . Beratur nak bayar kat cashier tu azab laa . ramai even time kami pegi tu weekday. Depan kaunter , ada cafe lak lagi . bawu sedap menusuk hidung . Dugaaan ~~~~

Time kat cashier even barang kau banyak and gedabak . Tolong susun bebaik agar cashier dapat scan dengan mudah barang-barang kau . Thats what we learned .

dah bayar , guna lif ke P1 or P2 . memang ada loading bay untuk kau masukkan barang-barang ke kereta . Time tu nak masukkan melltorp .dyua-dua gabra . sebab mula-mula macam tak muat . tapi pusing kot sana kot sini . Finally boleh . Senyum dua dua orang . Pak Guard yang tengok kami masukkan melltorp pon berlalu pergi . hahahah

Kami tak keluar terus . kami parked semula kereta and masuk ke ikea untuk seberang ke The curve . (Parking IKEA murah ,jangan risau . kami stay dari pukul sebelas sampai 3 ptg ,charge parking tak sampai RM5.00) .Cuci mata . Time tu orang semua pakat beli baju raya , kami excited beli barang rumah . Tapi the curve tak best !hahhaah cuci mata pon cotton on kecik jer , kami terus keluar dari situ and masuk IKEA untuk bungkus MEATBALL ! dua bekas okay , suami isteri tak leh nak share meatball sebab takut gaduh xcukup .hahahah

After that bukak waze cari jalan pulang . haha , bukak puasa dalam kereta je .

**

ni masa beratur nak bayar . Aku berpuasa harituh , cafe ikea betul2 depan cashier ni .hampa masak apa laa wangi sangat . T.T



sampai je rumah ,suami dah start pasang meja makan melltorp ni .harga meja Rm159 ,adde white chair ni satu RM35 and stool hitam ni nama dia marius. harga diaaaaaaa rm12.90 sahaja .terus amek 2.padahal xd dalam wishlist pon


meja lack ,dengan carpet stripe ni ada sale time kami p .lack ni senang je nak pasang .sistur pon boleh buat sendiri 💪
okay , hope it helps for those yang nak try g IKEA .