Monday, 17 July 2017

Short trip cameron highlands 2017

Salam everyone ,

hujung minggu lepas aku dan suami ke tanah tinggi cameron . Kami pergi berdua je sebab plan pon last minute .Masa cakap nak pegi tu ,tak expect pon suami nak bawak time terdekat camtu .

Aku pon terus laju booking hotel, bukan apa .takut last minute nanti .tidor dalam kereta pulak . πŸ˜…Tempat peranginan ni kita xleh nak expect bilik full ke tak .even kita pegi bukan peak season .
search kat agoda ,filter siap-2 hotel yang bawah bajet kami .lagi murah lagi bagus . Tapi kena tgk review jugak camna ,location,selamat ke idak .even murah ,benda tu kena amek kira . 15-16 Julai ,bilik banyak jugak dah sold out . Cuak jap .kalau tak de bilik takde harapan la nak pegi cameron minggu tu .At last jumpa Sam Jade Guest House .
Agoda best sebab ad pay later ,free cancellation and discount right away.


Settled bilik , survey pulak tempat-tempat yang best kat sana untuk dilawati . Since pergi berdua , masih mood hanimuna lagi (honeymoon) . kami punya jadual kat sana tak packed .Dua-dua jenis suka vacation yang xheavy sangat dengan aktiviti . hari pertama sampai brinchang check in ,Sam Jade dia betul2 kat pekan Brinchang tapi bukan tepi jalan .macam snooze in ,highland park hotel . dekat-dekat la dengan rosa pasadenna apa semua .Sam jade dalam siket tapi senang nak parking .sebab parking lot dia banyak .and kalau nak ke pekan dia ada tangga yang terus ke pekan .
Bilik bersih ,toilet terbaikk, towel diberi
receptionist dah maklum kita nak chck in.Bagi IC and deposit kunci RM 50 je (cepat)
Channel TV dalam bilik ada Supersport ,Astro prima ,Astro AEC ,NTV7 and tv3 .
Wifi ada setiap floor .lajiuu
Ironboard and water dispenser pon setiap floor.
Lantai corridor bersih gila .Macam mop hari-2.
Budget hotel yang mesra keluarga .Banyak bilik besar untuk muat satu family
kureng nya ,shampu /body wash free xdak naa . haha
air minuman je dia bagi + dua mug .
kiblat sign ilekk tu xd maslah .sekarang fon semua canggih .boleh cari kiblat dengan mudah


Malam kat brinchang sejuk .Keluaq pakai sweater kalau nak lepak kat luar lama siket .
Malam kami sampai tu keta memang xbergerak . Jalan kaki je jalan ke pekan . Kalau ikutkan pasar malam Brinchang memang kat pekan tu . tapi start tahun 2017 , awal tahun camtu , MDCH dah tukar ke kawasan baru di kawasan antara brinchang dan tanah rata .Aku xpegi pon sebab ingat boleh jalan kaki ,sekali tanya orang kat situ .10 minit naik kereta .Kalau Jalan kaki jauh .Time 7-8 malam tu keta dah start jem,semua nak ke pasar malam kot .Xlarat nak redah jem ,tambah jalan berbukit-bukit ni . Boleh mabuk sebelum nak sampai .Pekan brinchang pon ad orang jual-jual produk tempatan ,strawberry coklat jangan beli kat sini mahal siket sebab satu dua kedai je ada jual . Makan malam , kami ke Nik Tomyam restaurant . Kedai tu memang lama dah ada .Suami ceritu masa dia form 2 ke darjah 2 .rombongan sekolah diorng makan malam kat situ .western food dia agak mahal ,Chicken chop pon dah belas-belas ringgit .Kerabu maggi diaaaa πŸ‘Ž . xde seafood lansung .Fishball kaler2 je ada .sayur pon segannnn ,ad carrot je . Masjid kayangan betul-2 depan balai bomba .Masjid tu full dengan pelancong yang singgah solat .Best je aku tengok anak pak arab dalam masjid tu .(Comel gila !!)Amek semayang gigil-gigil kena ayaq sejuk diaa
Before balik bilik , kami singgah beli burger epal . Burger taruk epal hijau instead of tomato .Okay laa . Sedap sebab masam-masam and crispy kett aaa .

Start hari kedua , bangun pagi bukak tingkap .Cantiknya ,sejuknya .Sekali sekala dapat rasakan . FYI , Pagi ahad ,Pekan Brinchang ada pasar tani .

Kami siap-siap terus check out dalam pukul 10.30pg .Nak breakfast kat  tea boh plantation sungei palas  . Dari Brinchang , kami tak ke tanah rata at all .Singgah S corner dulu . Kat bukit S tu jem oii sebab orang ke kea farm .S corner ada stu kedai ni jual cendawan . 4paket RM 10 .Aku rembat cendawan hitam 2 paket .Silalah beli , rasa dia macam isi ayammm .Kat kedai ubat cina selalu ada jual tapi jenis kering punya . Hat ni fresh . satu pack pon banyak .
S corner ni jugak ada gerai jual sayur .4 utk RM10 jugak . sweet potato 1kg RM7.Kalau kat kea farm dapat lagi murah la kot tapi tak lalu nak nyinggah kea farm .sesak dengan orang .

sweet goguma ni dah siap rebus pon ada jual kat sini .RM3 sebungkus :)

Perjalanan diteruskan ke ladang teh sungei palas .masa nak masuk ke ladang tu ,tak lah jem sangat (dalam 11-12tghari ).Jalan memang sempit tapi atas toleransi pengguna ,bas pon lepas naik kesana.
Perut dah lapar sebab simpan perut nak makan kat cafe kt atas ladang ni .Kalau kata makan kat sni ,makan je la kat bahagian dalam . Bukan ap ,kesian aku tengok orang yang makan kat meja luar .xtenang sebab org berebut2 nak bergambar kat situ .xdapat nak enjoy scenery pon .Lepas makan agak-agak clear pg lah bergambar kenangan kat sana . Kat tea centre tu kita boleh beli produk Boh yang ekslusif .macam teh songket. teh premium . And boleh turun ke ladang kalau nak buat vid klip janam-janam .Takde worker yang akan halau kau .Tapi jangan sampai merosakkan la kann .Masa aku pergi baru ni ,ada couple ni buat photoshoot wedding . πŸ‘°

sama ada kepala dia sekerat atau dagu aku tak nampak . dua tu jaa kalau kami bergambar . πŸ˜† 180cm vs 157cm
kat ladang ni ada satu sekolah tamil sungei palas .pokok hydrangea diorng tanam kat luar kelas je .heheheh ,
otw nak keluar dari ladang teh , jem sangat . waktu time tu dalam pukul 2 something . Bila dah nampak jalan besar tu lega sangat dah .phewww😌

next kami singgah strawberry farm al mashoor . Malangnya tak boleh nak petik strawberry . sebab adik kat situ cakap buah xberapa nak ada . farm ni agak jauh dari brnchang dah . tapi pergi jugak sebab before ni review kat sini ok .tapi takpe . kami singgah minum and aku dapat makan home made aiskrim kat sini . Aku tk minat sangat aiskrim tapi kat sini sedap.ad potongan buah strawberry yang fresh .Jadi untuk beli strawberry untuk buat buah tangan kami singgah ke Last stop strawberry centre.betul betul last stop sebab lepas tu mmg xd dah org jual strawberry .


πŸ˜€
kat last stop ni memang sejuk . pokok bunga matahari pon besar gedabak kat sini .cherry tomatoes kat sini banyak .baru rm2 .Manis lak tu 😍

kami naik ke cameron highlands ikut jalan simpang pulai . so sepanjng jalan sampai ke pos slim tu .ada banyak gerai orang asli yang jual  petai , ubi kayu and madu asli .

Itu sahaja untuk post kali ni .Trip kali ni memang xsinggah banyak tempat since pergi pon 2 hari 1 malam . kami sampai umah ahad tu  dalam pukl 5;30 ptg . sampai awal rehat awal .Esok mau keja maa. 

**hope it helps 












Sunday, 16 July 2017

IKEA : Our first experience

Salam everyone ,

14hb Jun 2017 , kami suami isteri sepakat nak ke Ikea untuk beli barang rumah . Gigih tak dari Perak cari barang rumah kat Kuala Lumpur sonoooo .

Memang rezeki terpijak  dapat jodoh yang minat jugak barang-barang IKEA . Bila sekaki camni lagi lah berdaya nak deco rumah macam yang aku impikan πŸ˜‰ .(Percayalah dengan jodoh dari Allah , kau akan jumpa orang yang lengkapi dirimu sedikit sebanyak  .) TETIBA Iklan Jodoh

A week or two before nak pegi tuh . Bila suami kata jom pergi IKEA , aku dah siapkan wishlist apa barang nak cari kat ikea . Refer dulu kat suami , tengok dia approved tak dengan list aku tu . Nak paw husband pon berpada-pada okay . So dalam list aku , tak ade klippan (sofa) ,gersby( rak buku) or leirvik (katil kerawang) . even semua tu aku nak . Realistik laa dengan keinginan pon . Klippan  nak bawak balik acane . Takkan nak ikat atas kereta macam mr bean buat tu . Balik kuale kot yong ! Kali ni aku just beli barang kecik-kecik macam vanlig jug ,pokok bunga rumput tu , meja lack beli 2 sebab time pegi ada sale , bevara clip , cooking utensils , cermin lots and malma , carpet etc . Tapi paling kami look forward is melltorp and adde . Which is meja makan white in kaler . Suami memang aim meja ni . Alhamdulillah muat masuk saga flx. kalau tak memang g kaunter refund . Kat ikea kita boleh wrap barang kita before bawak balik or kalau ada yang rasa xnak after dah buat pembayaran , boleh refund semula because ada kaunter khas for that . Best kan , customer friendly sangattt

Selain siapkan wishlist , aku turut buat siket study on how to shop at ikea . Ikea has its on culture and untuk begineer macam kami memang la kena rajin baca , ada je blogger yang sharing post pasal IKEA ni .Siap ad yang ajar  cara nak kesana melalui kemudahan awam . TQ sangat ,Ianya membantu coz memang ada yang memerlukan .

harituh kami pergi IKEA mutiara damansara sebab masing-masing sakit perut. So kami pergi yang terdekat je dari tol duta. Lintas depan The curve ada simpang masuk kat banggunan bersebelahan dengan IKEA .It start with P building tu punya nama . tapi masuk je dia memang parking untuk ke IKEA sekali . Dah parking , terus pergi showroom . Showroom dia memang best sebab dia bagi kita idea sekali camana nak decorate. Pusing laaaaa ikut laluan yang dia dah sediakan .  Even kami dah ada list , kami saja je ronda showroom tu .Kat showroom kita boleh tengok barang apa yang tengah sale , or mungkin yang kita xjumpa kat web . Tapi jalan sekali lalu and kami terus ke gudang tingkat bawah . Cafe dia mengembuq dengan bawu makanan yang lazottt . Time tu dah la puasa .πŸ˜‹πŸ’ͺ(sabaq weyh)

Sistematik , aku suka ! bila kita dah ada list plus ada no rack . Pembelian akan jadi lebih mudah . xsampai sejam untuk amek barang yang dalam list kami . Beratur nak bayar kat cashier tu azab laa . ramai even time kami pegi tu weekday. Depan kaunter , ada cafe lak lagi . bawu sedap menusuk hidung . Dugaaan ~~~~

Time kat cashier even barang kau banyak and gedabak . Tolong susun bebaik agar cashier dapat scan dengan mudah barang-barang kau . Thats what we learned .

dah bayar , guna lif ke P1 or P2 . memang ada loading bay untuk kau masukkan barang-barang ke kereta . Time tu nak masukkan melltorp .dyua-dua gabra . sebab mula-mula macam tak muat . tapi pusing kot sana kot sini . Finally boleh . Senyum dua dua orang . Pak Guard yang tengok kami masukkan melltorp pon berlalu pergi . hahahah

Kami tak keluar terus . kami parked semula kereta and masuk ke ikea untuk seberang ke The curve . (Parking IKEA murah ,jangan risau . kami stay dari pukul sebelas sampai 3 ptg ,charge parking tak sampai RM5.00) .Cuci mata . Time tu orang semua pakat beli baju raya , kami excited beli barang rumah . Tapi the curve tak best !hahhaah cuci mata pon cotton on kecik jer , kami terus keluar dari situ and masuk IKEA untuk bungkus MEATBALL ! dua bekas okay , suami isteri tak leh nak share meatball sebab takut gaduh xcukup .hahahah

After that bukak waze cari jalan pulang . haha , bukak puasa dalam kereta je .

**

ni masa beratur nak bayar . Aku berpuasa harituh , cafe ikea betul2 depan cashier ni .hampa masak apa laa wangi sangat . T.T



sampai je rumah ,suami dah start pasang meja makan melltorp ni .harga meja Rm159 ,adde white chair ni satu RM35 and stool hitam ni nama dia marius. harga diaaaaaaa rm12.90 sahaja .terus amek 2.padahal xd dalam wishlist pon


meja lack ,dengan carpet stripe ni ada sale time kami p .lack ni senang je nak pasang .sistur pon boleh buat sendiri πŸ’ͺ
okay , hope it helps for those yang nak try g IKEA .















Thursday, 6 July 2017

Resepi Ayam bakar asam pedas madu

Salam everyone ,

Nak share satu kejadian apa bila suami nak makan ayam bakar .
Ayam memang ada stock lagi dalam fridge , tapi bahan marinated tu . xkan asyik-asyik  nak hidang ayam madu style mak mertua aku . (kicap+madu+sos tiram)
Aku pon mereka-reka laaaaaa dan terjadilah sos ayam bakar yang boleh kata sedap gak !yang lagi best sebab guna leftover punya kuah je . Memang kuah asam pedas tu xda isi dah orang kata .tinggal kuah dengan bunga kantan+daun kesom . Aku simpan jugak kuah tu sebab ingat nanti nak rendam ikan len laa kononnya .😁

okay jom start .

Bahan-bahan

Ayam bahagian dada
Kuah asam pedas (leftover)
kicap jalen
madu
sos tiram

Cara-caranyaaaa

1. bersihkan lah ayam tu . operate la siket buat liposuction sebelum bagi suami makan ayam kita masak . bahaha

2. ada setengah akan basuh dengan tepung untuk buang bau ayam yang kurang menyenangkan tapi since kita nak perap , xpayah pon xpe .  Tapi aku akan ikut jugak , klau bau ayam tu macam kuat semacam , aku memang akan hilangkan dulu bau ayam tu .

3. preheat balik kuah asam pedas tadi and masukkan breast chicken tu sekali .

4. rebus sekali camni bagus sebab rasa tu akan penetrate lagi cepat and nanti bakar xyah lame sangat sebab dah half-cooked .

5. rasa dah okay , angkat ayam tu letakkan dalam tray . tuang kicap siket, madu and sos tiram . golek-golek pastu bakaq ! benaqnya ,kicap ,sos tiram just nak bagi kaler la kat ayam tu .sebab asam pedas dah sah2 kaler merah .

6. bab suhu , 150c tapi kalau masa , aku memang akan pusing siket-siket . macam first bagi 20 minit dulu , then check ayam tu . kalau perlu masak lagi aku akan tambah lagi 10 minit .camtulah seterusnya sampai aku puas hati .


Aku tak de gambar nak share untuk prove yang resepi ayam aku ni boleh diterima . hahahah tapi apa yang boleh aku bagitahu sos kicap madu buat kulit dada ayam tu macam crispy-2,and  part isi , dapat rasa asam pedas kat ayam tu . hahahaha

Alhamdulillah suami okay with that taste , so boost up aku punya happy sebab dapat me-maximumkan penggunaan leftover food aku .So , lets try guna pakai kuah-kuah hat lebih semalam . Reka ja janji jangan sampai sakit perut .hahaha

** aku tengah belajar variasikan sos perapan ayam . wish me luck πŸ’

Wednesday, 5 July 2017

Back to normal

Even masih di bulan syawal and now adalah syawal ke-12 ,for sure la everything dah back to our normal life .Ramadhan tu sangat istimewa bagi kita semua , malam terasa panjang , siang masing-masing sibuk berpuasa , makan tu jangan cakap lah . Macam-macam menu nak try time bulan puasa . Meriah kat bazar ramadhan , kat shopping mall dengan orang cari baju raya + barang-barang dapur untuk hari raya . La ni sahur pon boleh kat luar . macam kat kampung aku . banyak kedai yang lanjutkan masa operasi sampai 3-4 pagi . Penat berpuasa tu kecil je kalau nak dibandingkan dengan kebahagian dek kemeriahan Malaysia sambut bulan ramadhan . Bersyukur sangat ya Allah . Kalau goverment under state management , kami dibenarkan pulang 4.30 ptg sepanjang bulan ramdhan . Heaven dah kat situ . Seronok dapat sampai rumah awal , jumpa bf kat rumah . πŸ‘―

But now πŸ˜‘ , Allahu .

Kita kena stay positive dengan perubahan selepas berakhirnya bulan ramadhan . sedih sebenarnya . Ramadhan busy , hectic ,penat . Tapi best !tambah tahun ni , aku dah ada tanggungjawab lebih siket . so lagi best laa. Tiap-tiap minggu kami akan gilir-gilir balik kg . Memang sabtu ahad bulan puasa kami tak stay rumah lansung . Banyak dalam kereta . Seronok Jadi anak-anak mak balik . hihi .Siap ada ritual la kalau balik kg umah dia camana , kalau balik umah aku kat pangkor camana . Alhamdulillah kena tolong pasangan masing-masing untuk sesuaikan diri dengan cepat . Bulan puasa xpanjang . Nanti xdan nak layann , bulan puasa dah habes. hihi

** Bermula lah waktu petang-petang yang kena workout , buat aktiviti kegemaran masing-masing . Lagilah sedihh bila kena bising suh buat squat . hmm